73
VISITORS
0

ABOUT ME

ABOUT ME

FOLLOWING
You are not following any writers yet.
More

STORY BY itsshalin8090

Rahasia di sebalik nama suami ku

Rahasia di sebalik nama suami ku

Reads

Arina Safiyah, gadis kampung yang membesar serba kekurangan, tiba-tiba terperangkap dalam rahsia besar keluarga apabila dia dipaksa menggantikan kakaknya yang melarikan diri pada hari pernikahan. Tanpa pilihan, dia menikahi seorang lelaki yang langsung tidak dikenalinya — Haikal Zayyan, CEO kaya dan pewaris tunggal keluarga ternama. Haikal menerima pernikahan itu dengan hati membeku. Baginya, Arina hanyalah “pengganti murah” kepada wanita yang sepatutnya menjadi isterinya. Dia tidak tahu bahawa Arina juga membawa trauma sendiri — ditinggalkan ibu, dibenci abang kandung, dan dibebani hutang keluarga. Semakin lama mereka tinggal sebumbung, semakin banyak rahsia keluarga Zayyan terbongkar satu demi satu — termasuk punca sebenar Haikal menjadi dingin dan alasan mengapa keluarga mereka sanggup membayar apa sahaja asalkan perkahwinan itu diteruskan. Dalam rumah tangga tanpa cinta itu… Siapa yang akan patah hati dulu? Arina yang selalu mengalah, atau Haikal yang tidak pernah memberi ruang untuk dicintai?

Updated at

Read Preview
HATI YANG TERSISA

HATI YANG TERSISA

Reads

Sejak kecil, Aurora hanya mengenal satu perkara— luka. Ayah meninggal ketika dia berumur dua tahun. Kakaknya menghilang tanpa jejak. Dan ayah tirinya membenci kewujudannya. Ketika hidup di rumah sendiri pun menjadi neraka, Aurora memilih untuk pergi. Namun dunia luar jauh lebih gelap daripada yang dia sangka. Dia dijadikan barang dagangan, dijual dan dibeli, dipaksa hidup dalam bayang yang dia tidak pernah minta. Hingga satu malam… dia bertemu Reyhan—lelaki yang melihat dirinya sebagai manusia, bukan dosa. Tetapi cinta mereka menjadi kesalahan besar di mata keluarga Reyhan. Masa lalu Aurora terlalu kotor bagi mereka. Sedangkan bagi Reyhan… Aurora satu-satunya cahaya yang dia mahu pertahankan. “Selagi awak tak lepaskan saya… saya takkan lepaskan awak.” Namun mampukah cinta mereka melawan dunia… dan masa lalu yang masih mengejarnya?

Updated at

Read Preview
BLOODBOUND MATE

BLOODBOUND MATE

Reads

SINOPSIS Aria, seorang gadis manusia yang hidup sederhana di pinggir hutan Blackridge, tidak pernah menyangka hidupnya berubah selepas malam hujan yang gelap — malam ketika dia diselamatkan oleh seekor serigala putih bermata emas. Namun dalam dunia werewolf, tiada pertemuan yang berlaku secara kebetulan. Serigala itu sebenarnya ialah Kael Thorne, Alpha termuda dan paling ditakuti di utara. Dia sudah lama kehilangan harapan untuk menemukan pasangan takdir… sehinggalah dia mencium bau Aria. Masalahnya? Aria manusia. Kael seorang Alpha. Dan seluruh kaumnya membenci manusia. Bila rahsia tentang siapa Aria sebenarnya terbongkar, mereka mula sedar bahawa darah Aria menyimpan sesuatu yang jauh lebih gelap daripada manusia biasa — sesuatu yang boleh menyelamatkan atau memusnahkan seluruh dunia werewolf.

Updated at

Read Preview

Navigate with selected cookies

Dear Reader, we use the permissions associated with cookies to keep our website running smoothly and to provide you with personalized content that better meets your needs and ensure the best reading experience. At any time, you can change your permissions for the cookie settings below.

If you would like to learn more about our Cookie, you can click on Privacy Policy.